PERMOHONAN


Semakan Tawaran ke Kolej Vokasional, SM Teknik dan SM Vokasional Tahun 2012


Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran ke Kolej Vokasional, SM Teknik dan SM Vokasional Tahun 2012 telah dibuka hari ini.  Pastikan anda memasukkan no kad pengenalan dan angka giliran semasa membuat semakan. sila klik link ini untuk semakan permohonan anda.  http://apps.moe.gov.my/esptv/sptv_semakan2012/ 



Harap maklum


Permohonan Kemasukan ke IPTA/ TEVT(Politeknik)  dan ILKA sesi akademik 2012/2013 bagi lepasan SPM/SETARAF


Permohonan kemasukan ke IPTA melibatkan 17 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)seperti berikut :-


(i) Universiti Malaya (UM);

(ii) Universiti Putra Malaysia (UPM);

(iii) Universiti Teknologi Malaysia (UTM);

(iv) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM);

(v) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI);

(vi) Universiti Teknologi MARA (UiTM);

(vii) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM);

(viii) Universiti Malaysia Terengganu (UMT);

(ix) Universiti  Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM);

(x) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM);

(xi) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP);

(xii) Universiti Malaysia Pahang (UMP);

(xiii) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

(xiv) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM); 

(xv) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS);

(xvi) Universiti Malaysia Sabah (UMS);

(xvii) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)


 Permohonan Kemasukan ke Politeknik Premier
  • Politeknik Ungku Omar (Perak)
  • Politeknik Johor Bahru (Johor)
  • Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Selangor)
 Permohonan Kemasukan ke TEVT(Politeknik) & ILKA
Permohonan kemasukan ke Institusi Latihan Teknikal & Vokasional (TEVT) & Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) melibatkan agensi-agensi berikut :-
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN (KBS)
  • Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
  • Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)
INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA (ILJTM)
  • Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
  • Institut Teknikal Jepun - Malaysia (JMTI)
  • Institut Latihan Perindustrian (ILP)
JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN, KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
  • Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST)
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
  • POLITEKNIK
  • KOLEJ KOMUNITI 
MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)
  • Institut Kemahiran MARA (IKM)
  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
KEMENTERIAN PERTANIAN & INDUSTRI ASAS TANI
  • Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC)
untuk maklumat lanjut sila ke laman web 
http://upu.mohe.gov.my/portal/arkib/1213_PEKELILING_SPM.pdf   


Perlanjutan Tarikh Permohonan ke Program Matrikulasi KPM 2012/13


Bahagian Matrikulasi KPM melanjutkan tarikh tutup permohonan Program Matrikulasi dari 10 Oktober 2011 kepada 30 November 2011. Pembelian nombor pengenalan individu (NPI) boleh dibuat di mana – mana cawangan BSN dengan membayar RM6.00 bagi permohonan melalui internet.
Semua pelajar SPM 2011 boleh membuat permohonan melalui laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di www.moe.gov.my.
Talian bantuan Bahagian Matrikulasi 03-8884 4036 / 4040 boleh dihubungi dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang (hari bekerja sahaja).