MAKLUMAT AM

Latar Belakang



Pembangunan ilmu insan merupakan agenda utama dalam pembangunan negara. Justeru itu, peranan guru kaunseling menjadi tonggak utama dalam usaha merealisasikan hasrat tersebut.

Memandangkan kelompok guru kaunseling mendapat kemahiran khusus dalam membimbing para murid adalah perlu mereka merancang dan menyusun program dengan lebih teratur dan teliti agar perkhidmatan yang diberikan lebih berkesan. Bidang tugas dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah merangkumi perkembangan akademik, kerjaya, psikososial dan kesejahteraan mental, keibubapaan, pendidikan pencegahan dadah serta pembangunan diri murid.

Fail meja merupakan satu kerangka kerja yang sistematik bagi setiap guru kaunseling menyusun dan melaksanakan kerja-kerja hariannya dalam bidang perkhidmatan mereka. Fail meja ini akan menjadi garis panduan kepada guru kaunseling bagi memudahkan pelaksanaan  pelbagai program dan aktiviti yang telah dirancangkan.

Usaha ini adalah untuk meningkatkan mutu profesionalisme, kredibiliti dan akauntabiliti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Adalah diharapkan fail meja ini akan dapat memberi panduan dalam membantu guru kaunseling menjalankan tugas-tugas seharian.

 Visi dan Misi  Kementerian Pelajaran Malaysia  



VISI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Semua Guru Bimbingan dan Kaunseling Cemerlang, Gemilang dan Terbilang Menjelang 2010





MISI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Membangunkan Sistem Pendidikan Berkualiti Yang Bertaraf Dunia Bagi Memperkembangkan Potensi Individu Sepenuhnya Dan Memenuhi Aspirasi Negara Malaysia


Visi dan Misi  Sekolah
 

VISI SEKOLAH

SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG








MISI SEKOLAH

MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI



Visi dan Misi  Unit Bimbingan Dan Kaunseling 



VISI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Mewujudkan iklim pendidikan yang kondusif, teraputik dan efektif dari aspek fizikal perhubungan dan pengurusan berteraskan konsep perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berkualiti secara menyeluruh dan berkesan demi kecemerlangan murid dan sekolah.



MISI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING


·         Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan
  berkesan.
·         Melahirkan murid yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang
tinggi dan berakhlak mulia.
·         Membimbing murid ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam
akademik.
·         Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan
melalui program bimbingan dan kaunseling.
·         Memberikan  pendidikan kerjaya bersepadu kepada murid.
·         Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan
murid.



 
 

Falsafah  Pendidikan Kebangsaan



”Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan bangsa Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan keluarga serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat, negara dan keluarga ”.


Piagam Pelanggan   Sekolah 

Kami Guru Dan Kakitangan
SMK Kelapa Sawit
Dengan Penuh Tekad dan Keazaman Berikrar dan Berjanji
Akan Menumpukan Seluruh Tenaga dan Usaha Kami

  1. Memastikan segala proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan kemas kini mulai hari pertama persekolahan baru dimulakan.
  2. Memastikan guru masuk ke kelas selewat-lewatnya 5 minit semasa pertukaran guru.
  3. Memberi tunjuk cara, tunjuk ajar dan bimbingan kepada semua pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam soal disiplin dan moral seterusnya menjadi insan yang kamil.
  4. Sentiasa bekerjasama serta memberi layanan yang baik dan mesra kepada penjaga dan ahli masyarakat setempat dan sentiasa peka dan responsive kepada kehendak dan keperluan mereka.
  5. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.
  6. Sentiasa bersedia membimbing pelajar-pelajar supaya hidup bersatu dan mengamalkan budaya ilmu, sifat penyayang, celik sains dan teknologi, kreatif dan inovatif.

                                     
Piagam Pelanggan Unit Bimbingan Dan Kaunseling

1.                  Menyediakan bilik kaunseling yang kondusif dan teraputik.

2.                  Menerima klien tanpa syarat dan prejudis.

3.                  Menjalankan sesi kaunseling dengan penuh etika dan profesionalisme.

4.     Berusaha melindungi identiti klien berdasarkan Kod Etika Kerahsiaan tertakluk kepada persetujuan klien.

5.              Menjalankan sesi kaunseling dalam tempoh masa 40 hingga 60 minit bagi setiap sesi individu atau kelompok.

6.               Menepati temujanji bersama klien dengan memberi khidmat yang sesuai dalam tempoh 48 jam.

7.             Memberi keutamaan dengan mengambil tindakan segera bagi klien yang memerlukan kaunseling krisis.

8.      Berusaha merujuk klien kepada pihak tertentu dengan persetujuan klien atas dasar limitasi keupayaan Guru Kaunseling.

9.           Memberi maklumat yang tepat dan terkini kepada klien dengan penuh jujur, ikhlas dan beretika.

10.      Membangunkan potensi individu sebagai model insan yang mampu menyumbang kepada negara.

Objektif  Unit  Bimbingan Dan Kaunseling

       2.3.1          Meningkatkan kecemerlangan akademik murid dengan mengadakan:

2.3.1.1 Pemilihan mata pelajaran secara berkesan.
2.3.1.2 Kemahiran belajar.

2.3.2          Memberi pendedahan kerjaya kepada murid dengan cara melaksanakan :

2.3.2.1  Mengumpul dan menyebarluaskan maklumat pelajaran dan peluang-peluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi awam, swasta dan institusi latihan kemahiran.
2.3.2.2  Ujian psikometrik.

2.3.3          Berusaha mempertingkatkan sahsiah murid melalui:

2.3.3.1 Program psikososial.
2.3.3.2 Program kesejahteraan mental.

2.3.4          Meningkatkan kefahaman mengenai keibubapaan dan perkembangan
kesejahteraan individu melalui:

2.3.4.1 Konsultasi keibubapaan.
2.3.4.2 Kaunseling keluarga.

      2.3.5          Mencapai Sekolah Bebas Dadah menggunakan pendekatan pendidikan pencegahan             dadah  melalui:-
                       
2.3.5.1  Pendekatan Keluarga Cemerlang
                                    2.3.5.2  Pembentukan Jati Diri Remaja
                                    2.3.5.3  Sekolah Bebas Dadah

  2.3.6                    Membangunkan daya kepimpinan dan pembangunan diri murid melalui:-

                                          2.3.6.1 Mengenal Diri Dan Potensi Diri
2.3.6.2  Kemahiran Kepimpinan
2.3.6.3  Kehidupan Bermasyarakat
2.3.6.4  Penyelesaian Masalah